Nama: Nurul Aman Bin Nadzri (G1025265)

MARI BELAJAR SOLAT

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana telah menganugerahkan nikmat yang tidak terhingga kepada
hamba-hambaNya. Mudah-mudahan segala nikmat yang telah dikurniakan, mendekatkan lagi kita kepada-Nya...

Blog yang dihasilkan ini merupakan salah satu pendekatan Dakwah Islamiah dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Salah satu faktor penting  yang menjamin kebahagian kehidupan seseorang individu ialah kuatnya pegangan individu tersebut terhadap nilai kehidupan beragama. Amalan hidup beragama yang terpenting ialah solat lima waktu.

Seseorang individu yang tetap istiqomah mengerjakan soalt lima waktu terutama yang mendirikan sembahyang berjemaah di rumah atau masjid sentiasa terbimbing ke arah memiliki cara hidup yang mulia. Solat lima waktu menjadi pengawal kepada aktiviti seharian mereka.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman selaku pensyarah bagi subjek Teaching and Innovation in Education kerana telah sudi menabur ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada kami bakal-bakal guru yang terlatih….InsyaALLAH.



Nama: Mohd Yusoff B. Ibrahim (G1028999)


Alhamdulillah segala puji bagi Allah ‘Rab’ sekelian alam syukur atas segala nikmat terutama masih berada di atas jalan Iman dan Islam. Kesyukuran ke hadrat Allah juga yang telah mngizinkan kami untuk menyiapkan tugasan blog ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah yang terlibat bagi subjek Teaching and innovation in Education iaitu En. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman diatas segala tunjuk ajar yang diberikan didalam kelas. Ilmu yang diberi akan di gunakan dengan sebaik mungkin dalam proses melaksanakan P&P untuk manfaat guru dan juga pelajar. Tidak lupa juga saya tujukan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan berkumpulan.

Saya mengharapkan isi yang kami muatkan pada blog ini bukan sahaja dibaca tapi dapat memberikan satu bisikan nurani kepada sesiapa yang sudi menjengah ke laman blog ini. Sebab itulah kami memilih tajuk blog kami ialah “BISIKAN NURANI”.
Semoga kenangan indah bersama rakan-rakan seperjuang Diploma Pendidikan MARA-UIAM 2012 bermula dari hari pertama pendaftaran sehingga hari terakahir terpahat sebagai memori indah di nurani kami. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan ukhuwwah antara kita. Wallahua'lam. KALIAN TETAP DI NURANI KU………………

Nama: AHMAD FARIZAN BIN ABDUL HADI (G1028101)


Segala puji dirafa’kan bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan daripadaMu.  Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan blog yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun tugasan ini tidak dapat disempurnakan tanpa bantuan, sokongan dan khidmat beberapa individu istimewa yang banyak memberikan sumbangan idea secara langsung atau tidak langsung demi tugasan ini.
            Ucapan terima kasih  saya kalungkan pertama sekali kepada pensyarah Teaching and innovation in Education iaitu Encik Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman yang menyampaikan ilmu tanpa jemu, telah banyak memberi bimbingan secara khusus semasa pengajaran tutorial berlangsung. Semoga Ilmu yang diberikan dapat diimplimentasikan sebaik mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institute saya. Tidak lupa juga, saya tujukan ucapan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan secara kolektif.
Perbincangan dalam blog ini di fokus dalam membicarakan khusus bab Ibadah Solat  yang merupakan suatu kefardhuan yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mukallaf. Diantara kesan-kesan melaksanakan solat seperti:
Disiplin
Disiplin ertinya "peraturan". Orang yang solat akan sentiasa mematuhi syarat, rukun dan sunat di dlam solat. Dia akan mendahului dan mengutamakan yang wajib dari yang sunat.Dengan itu , hidupnya akan teratur (terdisiplin).
Kepatuhan
Solat mengajar kita tentang kepatuhan kepada Allah, kepada Rasul, kepada imam. Dalam solat jemaah, ada konsep kepatuhan yang jelas. Yakni tidak boleh terlalu tertinggal (dua rukun fi'li) daripada imam.

Kepimpinan & kepengikutan
Siapa yang menjadi pemimpin, perlu prihatin dengan keadaan orang yang dipimpin. Tidak boleh memberatkan solat dengan memanjangkan bacaan (jika ada orang tua, sakit dan ibu-ibu). Teguran terhadap imam mesti bersopan dan beradab dengan bahasa yang paling baik, yakni kalimah "subhanallah". Ertinya menegur mesti dengan niat kerana Allah. Imamyang ditegur pula hendaklah segera membaiki kesalahan itu. Jika tidak, makmun boleh mufarakah.

Penyucian dan kebersihan
Untuk solat mesti membersih dari hadas kecil dan besar serta najis. Kita berwuduk dengan membasuh hujung-hujung anggota. Pakaian, tempat sujud mestilah bersih dan suci. Bila berwuduk dosa kecil diampunkan. Hati kita mesti bersih daripada selain Allah.

Semoga kandungan dan isi penting yang terkandung dalam blog ini dapat memberikan tasawwur Islam yang jelas kepada pembaca.Wassalam..

Nama: Norazlina bt Mohd Nasir (G 1021740)

Segala puji dirafa’kan bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan daripadaMu. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan. Namun tugasan ini tidak dapat disempurnakan tanpa bantuan, sokongan dan khidmat beberapa individu istimewa yang banyak memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung demi tugasan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah subjek; Teaching and innovation in Education iaitu Bro. Shahrizal Idzuan b. Wahab Abdul Rahman diatas segala tunjuk ajar yang diberikan di dalam kelas. Walaupun proses pembelajaran terlalu cepat ditambah lagi dengan kelemahan dan kecetekan pengetahuan saya dalam ICT khususnya dalam penghasilan Powerpoint dan blog, namun Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan dalam memberikan tunjuk ajar daripada Bro. Shahrizal telah memberikan input dan pengalaman baru yang amat bermakna. Justeru, Insyaallah ilmu ini akan dimanfaatkan di dalam P&P saya dan rakan-rakan guru seterusnya pelajar. Tidak lupa juga saya tujukan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan saya yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada tugasan berkumpulan. Semoga Allah kekalkan persahabatan dan ukhuwwah antara kita.
 Blog merupakan salah satu medium perantara dakwah di era kecanggihan ICT. Dikesempatan ini kami menghasilkan blog berkaitan SOLAT yang merupakan tunjang utama dalam kehidupan seorang Muslim. Semoga blog ini dapat memberikan panduan betapa mudahnya untuk mempelajari SOLAT sekaligus menggerakkan nurani untuk sentiasa rindukan ALLAh. Tepat sekali dengan nama blog ini “BISIKAN NURANI”  yang sentiasa dambakan CINTA AGUNG ILAHI…
Wallahua'lam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Nama: Cik Munirah bt Mat Jusoh          (G1026112)


Kepentingan Solat menurut Sains


Alhamdulillah segala puji bagi Allah dipanjatkan atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Semoga dengan nikmat kurniaan tersebut menjadikan kita sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepadaNya.


Blog yang dihasilkan ini merupakan salah satu elemen dakwah Islamiah dalam menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Kepentingan Solat menurut sains kurang didedahkan
dikalangan masyarakat Islam. Kebiasaan masyarakat kita hanya menganggap solat hanyalah sekadar  kewajipan yang wajib ditunaikan tanpa mempunyai apa-apa kepentingan.
Tetapi ruang lingkup ilmu yang sentiasa berkembang pesat dari semasa ke semasa memerlukan kita kepada perkongsian dan pembacaan dengan lebih mendalam. Dunia sains dan teknologi yang berkembang pesat kini menyeru kita supaya seiring mengorak langkah ke arah kemajuan ummah. Justeru, blog yang telah dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan tentang peri pentingnya solat dalam kehidupan walaupun di zaman kecanggihan teknologi sains..

Saya juga mengalu-alukan sebarang komentar daripada saudara saudari yang telah membaca blog ini. Hal ini disebabkan kekangan masa dan jadual kelas yang agak padat telah berlaku sewaktu menghasilkan blog ini. Moga-moga dengan komentar tersebut, blog ini dapat dibuat penambahbaikan dan dimanfaatkan secara bersama....InsyaAllah.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bro Shahrizal atas tunjuk ajar dan perkongsian beliau sepanjang tempoh pengajian. Terima kasih juga kepada rakan-rakan kumpulan yang bersama-sama menjayakan tugasan yang diberikan. Sekian terima kasih..

 Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang lemah itu datangnya daripada diri saya sendiri. Wallahua'lam. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.